santai bersama

Sunday, December 20, 2009

SELAMAT BERTUNANG

Majlis pertunangan juriah bt md.Aris dikampong penerok,kukup.Diadakan dengan penuh meriah sampai malam( gambar mlm tak snap..sibuk) Malam diadakan majlis keluarga doa selamat dan ulangtahun beramai-ramai.Yang bestnya ada kejutan dari pakngah menjemput live band Polis Hutan Simpang Renggam.... apa lagi joget lambak lah diaorang...
Ini adalah hasil kerja tangan aku,ni kira bidang terjun je ni...tak de sapa nak buat..saja try...boleh la..dari tak de..






Juriah adalah ibu tunggal yang mempunyai seorang anak dari perkahwinanya yang pertama. Moga ikatan ke 2 ni akan kekal keakhir hayat...AMIN....








Monday, December 14, 2009

Projek terbaru.....







PERHATIAN KEPADA PEMINAT PIZZA...........
SESIAP YANG INGIN MEMBUAT TEMPAHAN DIALU-ALUKAN...
HARGA YANG AMAT BERPATUTAN DAN RASA YANG TIDAK KURANG HEBATNYA....
CUBA DULU BARU TAHU... DAN SOKONGLAH PRODUK MUSLIM..
1 RUMAH 1 PRODUK.....

Saturday, December 12, 2009

ULANGTAHUN PERKAHWINAN 12

7 hb 12 2009 ... merupakan tarikh yang amat bermakna buat kami.Hari ini merupakan genap 12 tahun usia perkahwinan kami.Segala suka dan duka kami lalui bersama.Terima kasih buat suami tersayang yang banyak berkorban buat kami semua,hanya tuhan dapat membalasnya.Moga bertambah usia perkahwinan ini maka makin bertambah lah lagi kasih kami.Untuk ENCIK KAHAR dengar niiii........ SAYA SAYANG AWAK....................muah..muah...

Sunday, November 22, 2009

Oh...Oh... Balik Kampong.....

Pada semua selamat bercuti sekolah .Hari ini semua anak-anak happy sebab nak balilk kota tinggi dan pontian.Balik ini sebab nak hantar anak-anak dikampong,biasalah kalau cuti panjang ni mereka berebut-rebut nak tinggal sana.Dan nak sambut raya Haji kat sana lah.... my hubby dapat cuti pula last minit. yeeh...yeeh... OH..OH..OH.. BALIK KAMPONG...OH..OH..OH.. BALIK KAMPONG HATI GIRANG...( dah macam rancangan jangan lupa lirik laa.. pulak..) AAAA... sambung 4 tapak kosong ------- -------- --------- ----------. eeeeeee.... BYE... BYE.. SEMUA.... JUMPA LAGI.... ASSALAMUALAIKUM... berhati-hati dijalan raya.

Saturday, November 21, 2009

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH...

HUREYYYYYYYY....... SELAMAT BERCUTI BUAT ANAK-ANAK IBU.MOGA CUTI INI DAPAT DI ISI DENGAN PERKARA-PERKARA YANG BERFAEDAH.KALAU ADA REZEKI KITA BOLEH JALAN-JALAN.Jangan main hujan...Terima kasih pada anak-anak ayah dan ibu kerana dapat mengembirakan hati kami dengan exam baru-baru ini.. Moga teruskan usaha di masa hadapan,untuk berjaya kamu mesti berusaha..Nak hadiah ke????














Thursday, November 5, 2009

HARI SUKAN SEKOLAN AFFAN




Diantara acara sukan yang diambil bahagian.Anak kahar kalau pasal sport niii.. macam mak dia juga memang suka turut serta.. dalam acara berpasukan dia masuk ,solo puuun dia kebas....


Mendapat Sokongan dari kakak dan adik -beradaik, tu la..semangat anak-anak kahar. Lari 30 meter mendapat tempat ke -5 ,boleh laa... kurang laju tuu.... sepatutnya 100km/j tapi 50km/j jeee....
Juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada teacher AZRAH diatas tunjuk ajar.Haaa... anak-anak ku ingat dan kenang jasa guru mu yang telah menjadikan kamu seorang yang tidak tahu apa -apa sehingga kamu tahu apa itu ILMU. THANK YOU....








Wednesday, October 28, 2009

NO 5

Macam yeeeaaaa.... jee orang tu memasak.. Ini adalah pertandingan memasak anjuran KEMAS tajaan ADABI. Menu utama mesti memasak NASI GORENG. Yang datang tu punya laa bersemangat,aku ni tak de pengalaman dalam pertandingan macam ni.Main redah jee..
Disebelah tu adalah cikgu KEMAS yang memberi aku peluang untuk masuk pertandingan ni.Dalam membuat persiapan tu.. aku kena fikir nama apa nak letak pada resepi ni, wajib ada nama.Apa yaaa???????? AAAAA........ NASI GORENG WORLD... aaaa.. itu lah yang terlintas dikepala aku.Kenapa???? sebab nasi goreng tu ada macam-macam ramuan,ulaman,ikan masin,ikan bilis,kacang goreng dan bla...bla... tak lupa bahan-bahan dari ADABI la.. aku belasah je laa.. tengok orang waaaa.... dapat ke aku ni... masak je laa...

Rasa punya rasa,persembahan dan hiasan diumumkan tempat ke-5 PUAN RAFIDAH RAHMAT.AAAAA....... nama aku ke tuuuu.... ALHAMDULILAH... berkat izin suami dan keberanian aku dapat juga.Dapat la hamper daripada adabi.( tak sempat nak ambil gambar).


Sempat lagi menjenggah hasil orang lain, lawa-lawa siut... tapi macam mana aku boleh dapat ya... Ha... itu la rezeki namanya... Kawan baik kak ros juga turut serta nasi goreng dia diberi nama NASI GORENG HITAM ADABI.. suka hati laa kak ros.. tapi macam tak hitam je...



Wednesday, October 21, 2009

Tuesday, October 20, 2009

Monday, October 19, 2009

TEMPAHAN OPEN HOUSE







Ini adalah koleksi tempahan untuk OPEN HOUSE HARI RAYA 2009.Terima kasih pada yang sudi menempah dan percaya pada hasil kerja saya.



Menjamu anak-anak sekolah.... Birthday along


Kek ini dibuat khas untuk kawan-kawan along di sekolah Sungai Karang dan Sekolah Agama Sungai Karang. Pada harijadi along lah paling meriah sebab dapat banyak kek. Untung laa... kawan-kawan awak.. sambil tu dapat lah.. ibu buat promosion...




Sesiapa nak buat tempahan dipersilakan. Harga mengikut saiz dan deko tambahan.Harga dari RM 18 - RM 50.00.


Monday, October 12, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN 10 thn

Selamat ulangtahun buat anakanda tersayang NURSYAZWANI IZZATI. Ayah dan ibu doakan moga along panjang usia,menjadi anak yang soleh, taat perintah TUHAN,memghormati ibu dan ayah,berbaik-baik sesama adik beradik,rajin belajar,jaga diri,jangan leka dan moga bahagia dunia dan AKHIRAT.Nak hadiah apa tahun ni???? jenggggggggg...... tunggu.....














Sunday, October 4, 2009

Ragam Raya 2009..

Angah keletihan beraya...... Wah... berjalan sakan budak-budak nii... beraya... macan kita kecik-kecik dulu... kalau tak magrib tak balik lee... jawabnya.Tapi sekarang tak macam dulu selamat nak jalan mana-mana.Habis satu kampung pusing...

Berposing dengan sepupu-sepupunya... dah dapat banyak duit rayakan....senyum meleret......


Ni kakak bila.... sentiasa menunjukan senyuman yang menawan....(saja nak tunjuk gigi dia tu..)



Laaaa..... ni yang tak larat si ira ni kalau dia dah buat hal... memang habis lah....... pagi raya buat hal kasut kene sembunyikan puas cari... rupanya bawah katil kena sorok sapa laaaaaaaaaaa... punya keja.... teruk cik eda mencari.




Amboi3x...... ooiii cik abang bukan main lagi ...... belum cukup umur lagi laaa..... bukan main lagi .... dengan sepupunya yang sama-sama suka berposing.Bantal busuk tak tinggal... ada je.. hilang macho..





SESI GAYA RAYA KE -3.....

Gambar kenangan raya 2009 di rumah sendiri diKuantan.Gambar ni diambil semasa nak menziarah jiran tetangga.Lihat la.. telatah anak-anak kahar...