santai bersama

Wednesday, July 22, 2009

saja nak enter frame....

Dah tak de gambar nak up load.. pokok bunga pisang ni adalah hasil gubahan adik aku UCU, di masa majlis kesyukuran tempohari. semua dalam 150 tangkai bunga.(dah macam nak buat kenduri kawin la pulak)
Dalam banyak-banyak penyediaan ini laaa... yang aku suka... kek ni juga untuk majlis kesyukuran itu. Kek dan toping aku buat sendiri,bab deco kawan aku datang dari paka tolong buatkan.(tapi nak marah aku ,macam nak gigit je... aku tunggu tak datang2 dia meronda rupanya) sepatutnya kek tu dijadikan 2 tingkat sebab tak cukup masa jadi setingkat je... orang dah ramai datang... Apa2 pun THANK YOU buat KAK CT PAKA kerana sudi datang.

Nampaknya aku kena belajar juga la... macam kak ct.Akak tolong ajar.....










Wednesday, July 15, 2009

Majlis Doa Selamat Dan Kesyukuran











ALHAMDULLILAH...... telah selamat semuanya. Majlis yang aku rancangkan telah selesai.Terima kasi pada ahli keluarga aku dan keluarga mertua yang datang dari johor.Tidak lupa juga pada jiran-jiran yang sama-sama membantu dan rakan-rakan.(ramainya macam buat kenduri besar-besaran je...)Menu pada hari itu nasi putih,sayur nangka masak lemak,ikan kicap,ayam masak merah,ulam,ikan masin,sambal belacan dan special menu LAKSA JOHOR. Pencuci mulut tembikai,tapai pulut,kuih koci,kek mable dan kuih seri muka. Ooooo lupa air tebu katira(sorry bahanya tak cukup jd tak bubuh la...)Sekali lagi ribuan terima kasih pada yang hadir dan mereka-mereka yang membantu....

Monday, July 13, 2009

KEREPEK HARI RAYA 2009

PROMOSI UNTUK HARI RAYA 2009.BERBAGAI JENIS KEREPEK DIJUAL. JUGA DISERTAKAN BISKUT RAYA. INI ADALAH HASIL KELUARAN NEGERI JOHOR.( ada lagi jenis -jenis kepek yang tidak disertakan)













BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENIAGA DIALU-ALUKAN,(maaf gambar biskut tidak dapat disertakan,akan diberi nama-namanya kemudian)DIPEKET DALAM HARGA 1/2 Kg.DI ALU-ALUKAN WARGA KUANTAN DAN KAWASAN-KAWASAN YANG SEWAKTU DENGANYA.

SELAMAT BERNIAGA.


Sunday, July 12, 2009

Happy Birthday To IRA 5 years

HAPPY BIRTHDAY TO YOU..............
HAPPY BIRTHDAY TO YOU........ .....
HAPPY BIRTHDAY TO IRA...............
HAPPY BIRTHDAY TO YOU................

IRA happy dapat hadiah yang dihajatinya baju tidur barbie macam kakaknya juga.

MOGA ANAK IBU MENJADI ANAK YANG SOLEH,YANG RAJIN,YANG TAAT DAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK.AMIN.................................



Ini kek ira dengan dania(Jiran tetangga).Buat sendiri tau.........







Thursday, July 9, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN 1

MUHAMMAD HUZAIFAH BIN KAHAR.
LAHIR PADA 18/06/2008
DI KLINIK BERSALIN AL FARABI KUANTAN ,PAHANG
DAN KINI GENAP LAH USIANYA 1 TAHUN.


PANJANG UMURNYA......
PANJANG UMURNYA.......
PANJANG UMURNYA.... SERTA MULIA.. SERTA MULIA....SERTA MULIA...........................


BUAH HATI AYAH DAN IBU SATU-SATUNYA ANAK LELAKI...
KAMI BERDOA AGAR KAMU MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT.......... AMIN................







BERBAGAI GELAK TAWA YANG SENTIASA MEWARNAI HIDUP KITA SEKELUARGA.
JUGA MENJADI BAHAN HIBURAN PADA KAKANYA.BERUNTUNG HUZAIFAH DIJAGA OLEH 4 ORANG KAKAK,YANG SENTIASA MENGAMBIL BERAT.DAH BESAR NANTI AWAK PULA MENJAGA MEREKA.










Sunday, July 5, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG..37thn.....

Selamat ulangtahun buat suami tersayang dan ayah kesayangan..... dari ibu dan anak-anak...
Semoga dihari lahir mu ini akan membawa seribu kebahagian buat ayang....
Kami doakan moga panjang umur dan diberi kesihatan yang baik..
Moga Ayang bahagia bersama kami.....
Tabah menghadapi hidup ini dan menjadi insan yang tabah....

Saya bangga mendapat suami seperti AYANG dan anak-anak begitu juga....


SALAM SAYANG DARI KAMI SEMUA................muaaaaaaaaaa........ LOVE YOU....








Family Day BASF2009



Sempat pose dgn member SUE AWANG..... thank you banyak tolong masa family day hari tu....
Dia juga yang jadi petunjuk jalan....... Semangat anak-anak kahar ni.... ayahnya tak gi... keja malam penat so... tak follow la...
First time gi sendiri..... Sampai juga..



Ini ucu dengan kawanya... apa lagi jadi bibik aku laa..... jaga anak-anak...










Wednesday, July 1, 2009

Ucapan Buat Tersayang......16 tahun

Pada 02hb julai 2009 genap 16 tahun perkenalan antara aku dan suami tercinta.Perkenalan yang tidak diduga hingga membawa kedetik sekarang.Mengenang saat bercinta memang manis belaka.Insan yang bertahta dihati itu adalah KAHAR BIN JAIPON.


Ucapan buat suami tersayang....
Sayang terima kasih kerana menerima diri ini dari dulu hingga kini..
Sayang terima kasih kerana sentiasa menyangi diri ini.....
Sayang terima kasih kerana selalu memberi nasihat dan tunjuk ajar....
Sayang terima kasih kerana sabar dengan segala kehendak dan kemahuan ku...
Sayang terima kasih kerana menjadikan aku seorang yang bergelar IBU kepada anak-anak mu..
Sayang terima kasih diatas segala pengorbanan yang telah kau curahkan kepada ku...
Sayang terima kasih kerana sentiasa memahami diri ini...
Sayang terima kasih diatas kesabaran mendidik diri ku yang serba kekurangan ini...
SAYANG........
Sesungguhnya aku ingin kau tahu bahawa aku adalah insan yang AMAT MENYANGI DIRI MU......
Moga ikatan ini akan kekal hingga kehujungnya.. AMIN..


dari isteri tercinta,
( fid2009)