santai bersama

Monday, June 29, 2009

Anak-anak PERMATA CAMAR.....

Pada 28hb jun 2009,adalah tarikh yang istimewa buat kami sekeluarga kerana pada hari ini ,pertama kalinya kami melawat anak-anak yatim. Setibanya disitu hati seorang ibu terasa amat terharu,tapi kuselindungi dengan tawa anak-anak.Ini adalah acara amal bagi pekerja-pekerja BASF PETRONAS,KUANTAN.Ini diantara anak-anak istimewa yang diraikan,kesemuanya lelaki.Kami juga dihiburkan dengan persembahan mereka.

Rumah ini lah yang memberi perlindungan buat mereka,sungguh mulia insan yang sanggup menjaga dan mendidik mereka.Walaupun nampak kecil tapi amat bermakna buat mereka.Keadaan persekitaran yang bersih dan lengkap dengan kemudahan.Rajin budak-budak ni.......


Anak-anak aku happy sampai dekat situ.... masing-masing tak sabar nak turut serta,aku dan suami sempat menerangkan pada anak-anakku.Apa tujuan kami kesana.Kenapa mereka berada di situ...Apa itu anak yatim... Kenapa kita mesti tolong mereka... Satu je.. kata-kata kami kepada anak-anak "untung kamu masih ada ayah dan ibu" masing-masing terdiam dengan ungkapan kami.



INSYALLAH panjang umur kita berjumpa lagi..........
Selamat tinggal.. kami doakan agar anak-anak ini akan mendapat kebahagian dunia dan akhirat.. AMIN......



Wednesday, June 24, 2009

Hutan paya bakau Malaysia..

Sayangi hutan paya bakau anda.................

Amboi... cik kahar menunjukan skilnya berjalan diatas tali. kalau jatuh............ bermandikan lumpur lah..







Tempat yang menarik dikunjungi.... MARI SEMUA CUTI-CUTI MALAYSIA.









Tuesday, June 23, 2009

KOleksi kek...


Ini adalah hasil buah tangan dari aku.Sebenarnya aku ni bukanya pandai sangat,tapi ya lah kan cuba-cuba.Ada juga kawan-kawan yang menaruh kepercayaan pada aku untuk tempahan buat diaorang.TERIMA KASIH PADA MEMBER-MEMBER YANG MENYOKONG.kalau tak sedap tuuu.... maaf banyak-banyak.. INI KEK ANAK AKU BILLA

INI KAK MAH VAN.


INI MUALIMAH SEKOLAH IRSHAD( FAREHA)



INI TAUKEH KEDAI RUNCIT(LINDA)

Sunday, June 21, 2009

HAPPY BIRTHDAY BILLA....

Bersama ayah ,kakak dan adik.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU....
HAPPY BIRTHDAY TO YOU....
HAPPY BIRTHDAY TO BILLA....
HAPPY BIRTHDAY TO YOU... muuuuuuuaaaaaaaaaaaaah....


Ini yang ibu dan ayah dapat hadiahkan,dia memang suka coklat dah awal-awal lagi dia minta coklat.Ayah bagi coklat dan aku hadiahkan baju tidur gaun barbie.Sukanya dia......








KEK BILA(buatan aku sendiri)





Selamat ulangtahun buat anakanda tersayang NABILA HUDA pd 14/6/09.(terlambat edit)
Aku cuma dapat sediakan alakadar saje untuk dia,yang penting ibu dan ayah ingat pada tarikh itu.Aku masakan pasta untuknya.





Kami hanya meraikan sekeluarga,ptg itu aku masak pasta,kek coklat dan se

Friday, June 19, 2009

Penghujung Asia..

Ini kenangan semasa cuti sekolah bulan jun,kami ke penghujung benua asia.... KUKUP LAUT.
sambil menjengguk saudara mara disana bertanya khabar,kami sempat meluangkan masa membawa anak-anak menimba ilmu. Bukan sekadar suka-suka disini kita dapat memperolehi ilmu pengetahuan.Nanti saya kirim gambar yang lain.


Globe tu.. adalah simbul penghujungnya. kita berdiri betul-betul diatas planta laut kukup laut.
Sesiapa kebetulan bercuti ke Johor tu boleh la... singgah







Batu ni adalah mercu tanda Tanjung piai,kukup.Disini juga ada di sediakan chelet yang berpatutan harganya.Sesiapa nak bercamping pun ada.... yang nak merasakan suasana hutan bakau silakan...................