santai bersama

Monday, June 29, 2009

Anak-anak PERMATA CAMAR.....

Pada 28hb jun 2009,adalah tarikh yang istimewa buat kami sekeluarga kerana pada hari ini ,pertama kalinya kami melawat anak-anak yatim. Setibanya disitu hati seorang ibu terasa amat terharu,tapi kuselindungi dengan tawa anak-anak.Ini adalah acara amal bagi pekerja-pekerja BASF PETRONAS,KUANTAN.Ini diantara anak-anak istimewa yang diraikan,kesemuanya lelaki.Kami juga dihiburkan dengan persembahan mereka.

Rumah ini lah yang memberi perlindungan buat mereka,sungguh mulia insan yang sanggup menjaga dan mendidik mereka.Walaupun nampak kecil tapi amat bermakna buat mereka.Keadaan persekitaran yang bersih dan lengkap dengan kemudahan.Rajin budak-budak ni.......


Anak-anak aku happy sampai dekat situ.... masing-masing tak sabar nak turut serta,aku dan suami sempat menerangkan pada anak-anakku.Apa tujuan kami kesana.Kenapa mereka berada di situ...Apa itu anak yatim... Kenapa kita mesti tolong mereka... Satu je.. kata-kata kami kepada anak-anak "untung kamu masih ada ayah dan ibu" masing-masing terdiam dengan ungkapan kami.



INSYALLAH panjang umur kita berjumpa lagi..........
Selamat tinggal.. kami doakan agar anak-anak ini akan mendapat kebahagian dunia dan akhirat.. AMIN......



No comments:

Post a Comment